Nuffnang

Friday 31 August 2018

THE WORST BREAK OUT EVER IN MY LIFE!

Assalamu'alaikum and hello world!
Salam 31 Ogos 2018, selamat menyambut hari kemerdekaan ke-61 guys!

Okay, pada hari yang berbahagia dan bersejarah ni, aku nak share pengalaman break out yang paling teruk aku pernah alami seumur hidup. Merdeka tahun ni bermakna sebab aku berjaya merdeka dari break out yang teruk. Yeayy!!

Aku up entry post ni untuk bagi gentle warning la pada sesiapa yang suka sangat nak tukar2 skincare sebab obses nak terlalu cantik, flawless. Jangan guys!! Healthy skin must comes first, then your inner beauty will glow up. Hahahaha!! Bukti dah ada depan mata ni.

Yes, sebenarnya kulit aku ni jenis acne-prone skin, sejenis kulit yang memang senang naik jerawat kalau tak dijaga betul-betul. Aku memang ade masalah jerawat on and off. Aku rasa masalah jerawat aku start since aku diploma, sebab zaman ni la start menggatal asyik tukar skincare products.

The initial of break out, October 2017.
Jom go through punca break out aku. Started on October 2017, dipendekkan cerita suatu hari, aku decided nak tukar skincare range kononnya nak beralih ke natural & organic skincare. So, aku stop seminggu guna current skincare untuk detoxification kononnya. Then start semula selepas seminggu, banyak produk aku baru try guna time ni. Antaranya (gentle reminder : aku tak kata product lists kat bawah ni tak bagus, cuma tak sesuai dengan aku je, sebab reaction setiap orang berbeza kan) :
  • Simple skincare full range set (cleanser, moisturizer, toner)
  • L'Oreal Paris Pure Clay Mask (detoxify, anti-pores, illuminating)
  • Blackmores MULTIVITAMIN + MINERALS (ni paling bahaya, sebab bab2 supplement ni tak boleh main hentam je)
Jerawat bermaharaja dengan bangganya. Hmphh!!
The best part is, here's the climax of my break out experience. Paling pedih, paling menyakitkan, muka langsung tak boleh sentuh. Setiap kali orang tanya kenapa, mesti aku cakap ini 'purging process'. Padahal bukan sebenarnya, barulah aku sedar yang sebenarnya muka aku memang dah salah pakai produk. Time mandi, tak boleh nak cuci muka guna cleanser, nak gosok. Makeup? Toksah cerita la, memang tak boleh pakai langsung. Memang buruk giler la muka. Urghh!! Then bila nak berwudhuk, memang terasa muka burn gila, then suddenly ada certain jerawat pecah sendiri sebab cuci muka time berwudhuk. Then, makin ramai la tegur kenapa muka jadi makin teruk. Memang down gila la kan, especially bila parents sendiri yang tegur. Ayat ayah aku la yang paling kejam sekali. Sakitnya tu di sini!

The climax of break out, end of November 2017.
Cerita untuk gambar atas ni, masa ni aku tengah ade event dengan kawan2 aku, ROC Race kat Forest City 25 November 2017. So, of course la obviously diorang semua perasan kenapa muka jadi makin teruk ni. Dah la event tu outdoor, so semua orang confirm tengok aku sangat mengerikan. Keadaan kulit muka aku time tu, kusam teruk, jerawatnya pulak jenis yang bernanah tau, bukan biasa-biasa. Jerawat memang penuh atas muka, takde langsung yang clear atas bahagian muka ni. 

Tak terfikir pelik ke, umur dah 25 tahun, tapi kenapa jerawat tumbuh macam budak2 sekolah umur 17 tahun? Banyak gila kot, memang takut gila bila fikirkan semula mimpi ngeri ni.

Setelah buat kiraan dan congakan, aku ambil masa lebih kurang setengah tahun menahan malu, menahan sakit pedih break out ni. Macam mana aku overcome masalah break out ni, apa yang aku buat, apa yang aku amalkan? And macam mana muka aku boleh clear semula macam dalam gambar bawah tu? I will share in my next post. To be continued...

Yes, gambar ni memang edit guna 360 camera apps, tapi guna effect HD tau.
2nd day of raya 16th August 2018.